Tuesday, December 21, 2010

Pengumunan dividen ASB 2010

KUALA LUMPUR 21 Dis. - PNB umum agihan pendapatan ASB sebanyak 7.50 sen seunit dan bonus 1.25 sen seunit bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2010. - Utusan

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=1221&pub=Utusan_Malaysia&sec=Terkini&pg=bt_05.htm

Monday, December 6, 2010

hidup hancur kerna meminjam..

Lama tak update blog..
berat jer jari jemari nie nak menaip..
bukan tak de info atau maklumat nak dikongsi bersama..
tp biasalah..bile penyakit malas dah datang...itu lar jadinya..

aku nak share sket kes yg berlaku depan mata aku nie....selalunya kita dok baca cerita kesah2 pinjam meminjam along lar..kes korek lubang hutang sana...tuk tutup lubang sini lar..dan mcam2 kesah lagi...

asalnya si isteri nie, hidup agak lar mewah...gelang sana sini...rantai leher nya..mak aih...sebesar rantai basikal tu...ttp sejak 2-3 tahun nie...kehidupannya dah tunggang terbalik...dulu si suaminya bergaji besar...klu claim OT..perghhh..masyuk...senior technician katanya...tu masa dia kerja di johor...

tp selepas berpindah ke kampung halaman...si isterinya pula buat hal..hutang kereta mula tertangguh..hutang api + air mula meningkat...hutang kengkawan dah cecah hampir RM2K...tu takpe lagi...tapi hutang along berlesen..dah smpi 20-30K dah...klu tertunggak..mak aik...wat naya jer...sebulan interest hampir 15% tu!!!!!

kerjanya bergaji suami isteri hampir RM3K sebulan..anak baru 3...masih menyewa lagi...takde bebanan hutang yg melampau..ttp sikap suka menangguh hutang ditambahkan lagi suka pinjam sana..berjoli sana sini..beli baju bukan main harga..ataih alasan..'alaa...anak aku baru nak hidup (senang)'...senang ke apanya...tu awak berjoli dengan duit pinjaman...sapa ajar...akhirnya terjerat diri..

yang jadi mangsanya...berlaku pada abg dan si adik isteri berkenaan..ditipunya untuk diguna pakai kad bank dan i/c si abang dan adik nya..... semata2 atas nafsu...berjoli sakan sambil meminjam..mak bapak dah tak keruan...kehidupan dah tunggang langgang...seblan shj yg harus dibayar pada ceti haram (w/pun berlesen) dah cecah hampir RM 3k..

habis si anak2 nak makan apa??hutang yang harus dibayar lagik...klu aku tgk kehidupannya..klu meminjam dan nampak bendanya..takpe lar...tp zero..sangat daif..rumah hancur..tak berkemas......aduhai...aku tgk...idup pun dah tak tenang..asyik memikirkan masalah hutang...bile ditegur..dikatanya memberi tekanan..memberi stress...tak kan nak tgk ajer...

yg akn jadi mangsa..si anak yang tak bersalah...alahai si isteri...kenapa lar sikap korek lubang sana sinun semata2 tuk tanam lubang awak tu...jgn smpi terkorek lubang sendiri...diri sendiri tertanam..bahana si along tu bukan main...awak sendiri dah tgk betapa bengisnya muka..siap berbdn 2 kali besar berbanding dengan si suami awak..

sedarlah...tiada benda kat dunia nie yang senang dan mudah untuk menjadi kaya....nak kaya pun kena ada displin..klu nak displin...kena lah ada ilmu.....barulah hidup lebih diberkati..insyaallah..sentiasa senang di malam hari...

dunia oh dunia..

p.s : nie ada continue nya...ending belum sampai....apa jadik si isteri dan suaminya..dikejar along..atau terpaksa gadaikan tanah pusakanya....wa'llualam..

Tuesday, November 16, 2010

Server Bicarajutawan.com telah diperbaiki semula

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

berita baik yang saya terima, tuan/puan boleh layari semula laman sensawang Bicarajutawan.com yang down ketika dulu dan telah pulih seperti sediakan.

untuk makluman jua, server BJ.com telah digantikan dengan server yang baru bagi menjamin kualiti network kepada pelanggan.

sekian dimaklumkan dan terima kasih

ikhlas,
ayip

Tuesday, September 28, 2010

Server Bicarajutawan.com akan ditutup?

Memang semua yg diketahui...forum BJ.com bukanlah tempat untuk mengaut keuntungan semata2..

tp semenjak dua nie...server BJ selalu sangat down? sebab apa iyer?

adakah ianya akan ditutup?
apa pandangan anda?

Wednesday, September 22, 2010

kereta baru atau masalah baru..

terbaca dalam satu thread financial...

saya nie baru grad bulan 8 bang..
nak beli kereta baru yang besar punya..
belum lagik kerja..tp mak support separuh..saya separuh..

klu ada komitmen terhadap hutang..lepas nie, saya rajin lar carik kerja..
nak beli kereta persona atau BLM

alasan saya nak beli, family ramai..semua dalam 7 org..family belum ada kereta lagik..tu lah sebabnya saya perlukan kereta..

apa pandangan anda?

bergaji besar atau bernafsu besar?

baru td dipersoalkan kepada aku..

berdasarkan perbualannya dengan aku..

Si Syed seorang pegawai profesional, gajinya shj dah mencecah RM4200 sebulan..
kemudian tak dapat menyimpan 1 sen pong dalam simpanan...
hutang dah hampir 3k, tolak sana sini..balance tinggallah 600..tu pong tuk belanja makan minum, minyak motor dengan rokok si syed nie..
bininya seorang cikgu..gaji shj dalam 2500-3000...itu pun dapat menyimpan 200 sebulan...simpanan dia..tp b/mana dengan simpanan si syed ?

1 hutang rumah - potongan dah hampir 1200 sebulan
1 hutang credit card - potongan dah hampir 250 sebulan
2 hutang PL -potongan shj dalam 1200 sebulan
1 loan komputer
1 loan kereta

apa perlu aku buat ayip..katanya pd aku!!!
engkau bagi lar aku satu projek...janji aku boleh buat side income..nk kena ada pasif income..

alamak..pening aku memikirkan masalah hutang org lain..nak bagi pandangan kang salah..!!apa side income yang aku boleh bagi pdnya..sedangkan aku sendiri tercari2 duit lebihan..

motor idaman pong belum dapat...adoii...gaji besar macam mana lak tak boleh uruskan.aku gaji ciput sebulan pong..insyaallah..dapat lar bernafas..

apa pandangan anda?

Wednesday, July 14, 2010

katakan lah....

nak tanya sket...

apa perancangan korang?

katakan lar...klu korang terjumpa/menang hadiah/menang loteri/org bagi...dengan nilai RM 40K

citer sket planning korang apa nak dibuek dengan duit byk tu?

Monday, June 28, 2010

Selepas hampir 4 bulan berkahwin

Dah lama aku tak updated blog..

dalam hampir 4 bulan baru shj selesai mendirikan rumahtangga, byk cabaran2 dan halangan2 yang harus aku lalui. btoi lar kata mak aku...nak kawen nie senang...tp nak sara anak org punya lar payah...nie belum ada anak lagik...aduihhh...pening wooo...

dulu masa bujang...balik lewat keje...klu tak sempat makan...bleh belasah meggi....(w/pun aku tak gemarinya)....tp takkan nk biarkan bini aku makan meggi....(sayang bini wooo...)hehehe

rupa2nya...lepas kawen...lagik byk dugaan aku terhadap perancangan kewangan keluarga....nasib baik aku kawen..tak pakai loan...hasil simpanan selama 8 thn bekerja di KL...woowww....byk yg harus aku keluarkan duit...

nasib baik...sebelum kawen..aku beli serba sedikit keperluan rumah...TV, peti sejuk, dapur, mesin basuh....klu tak...masak wooo....nie tgh berkira2...nak beli set perabot dan meja makan...tp apapun...perlu aku tabung dulu...

fund tuk wife aku bersalin lak dan tabung anak (walaupun belum ada rezeki lagik)...dah aku reservekan masa aku kawen dulu...wat satu a/c tuk simpanan nya....tu belum amik kira, kes2 penyelesaian rumah aku lagik....maintanance yg rosak, paip bocor, kipas siling tak jalan, keta meragam...wowww.....dugaan tu...tp alhamdulillah...semua dah hampir aku selesaikan...kos byk keluar....mungkin rezeki aku kat situ...

apa2 pun...nasihat aku...yg belum kawen diluar sana tu...jgn hanya pikir kewangan masa nak nikah ngan bersanding ajer....kena ada fund sekurang2nya 6 bulan selepas kawen....klu yg bujang tu...molek beli keperluan barang2 rumah tu sikit2....klu tak...naya wooo...

insyaallah...skrg dah hampir stabil...aku akan join TT semula...geng2 PMC, geng2 BJ, geng2 melaka, pakatan lembah klang, pakatan darul ridzuan...wowww....rindu giler nak TT..nk borak2 pasal rumah...borak2 pasal OD (PNB pun dah close OD ASB...huhuhuhu)...borak2 nak dapatkan motor idaman...hehehe

anyway...selamat maju kengkawan..insyaallah..ada masa, aku kan stori mori lagi...


chan chi chow...

Monday, April 26, 2010

meh kaji selidik sket.

En Faizol Tahir (Sahabat baik aku) tengah pening2 lalat.
perkhabarannya, beliau sukar membuat beberapa keputusan.

situasi beliau begini :-
1) Cash dalam tangan ada dalam RM 65K
2) Hutang 4 biji buah umah-payment bank dalam RM 1K monthly
3) +cf umah tu dalam RM500-600 setelah tolak housing loan per monthly
4) hutang keta takde-dah settle dah
5)hutang CC takde
6) loan ASB -RM 170K-Tolak dalam RM 925

7) PL beliau monthly dalam RM 490
8) loan komputer beliau-RM 5K
9) ODASB - RM 41K
10) ODASW-RM 50K
11) Tabung Haji -RM 7-8K

12) beliau makan gaji. monthly gaji beliau hanya RM 2K

so skrg brother nie mau beli lagi satu umah...rega dalam RM 60K onwards...
beliau dah tanya banker....beliau layak membuat loan dalam RM 80-100K

persoalannya :

1) adakah patut beliau membeli umah tu secara cash?
2) atau adakah beliau tak perlu membeli umah tu secara cash (buat loan)

alasannya :
1) klu cash-beliau dah kurang kan komitmen nya.
2) klu hutang...beliau kena pantau lagi dan lagi...

so...sila beri komen anda kepada beliau

Monday, February 22, 2010

Sewa-Teratak Muhibah, Danau Desa




Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Kawan nak advertise umah kawan di Teratak Muhibah 1, Danau Desa, Jalan kelang lama.

Jadi kawan kasik particular tuk sewaan seperti berikut :-

Monthly rent: RM 500
Bilik: 3Bilik air :2
KEMASUKAN : 1 Mei 2010

BLOK B, Tingkat 6,
Teratak Muhibah,
Taman Danau Desa,
Jalan Kelang Lama,
Kuala Lumpur


• BERKERJA @ BELAJAR
• Sewa : RM 500
• Deposit : 1+1+(Deposit api+air)
*Deposit api + air = RM 200
• SILA HUBUNGI :ayip


KEMUDAHAN
• BAS RAPID & METRO
• Komuter (Perlu feeder bas ke Mid Valey dalam 5 minit)
• Kedai makan
• berdekatan dengan Mid Valey 5 min


KELENGKAPAN RUMAH
• Peti Sejuk
• Dapur
• Televisyen
• Tikar getah

Gambar seperti di dalam blog
(updated : umah dah disewakan...jadik..pada yang nak call tu..maaf..unit nie dah tak available lagik...)

Wednesday, February 17, 2010

Perancangan Opening Kedai

Salam semua,

Mari kita brainstorming sedikit. situasi seperti begini.

Member kawan si polan binti polan, akan opening satu kedai frozen nnti. di situ akan dijual produk2 tempatan dan bahan mentah seperti daging, ayam dan ikan.

jadik kawan ingin membantu member kawan tu. Hope leh kita berbincang bersama-sama membantu beliau.

untuk makluman, member kawan tu sedang dalam usaha membuat kertas kerja untuk kedai nya.

1) Lokasi berkenaan - 80% adalah perniagaan Cina dan majoriti adalah penduduk cina. Radius antara 5KM-30KM pula ada lah kawasan berpenduduk melayu. Market tengah survey...market perlu kuat...
-bahan seperti burger
-karipap atau roti
-daging lembu beku
-ayam fresh
-ayam kampung

* majoriti customer/pengguna adalah org melayu...

2) Produk dan bahan berkenaan boleh didapati melalui supplier yang ada....listing sudah ada...
3) Bajet iaitu RM 50K
-Bajet Hangus -RM 20K
-Bajet Pusingan Modal -RM30K
4) Masih lagik dalam peringkat belajar. tengah mengkaji pratusan gagal dan peratusan berjaya serta langkah-langkah menangani masalah berkenaan.
5) Member kawan sedang bekerja dengan 1 org tokey cina...dan dia 100% running kedai berkenaan.

6) Target openning dalam bulan Ogos / september...


so kengkawan...leh komen ke 1-6 item di atas tu...klu bleh bagi sebab2nya...sbb ini adalah 1st org melayu yang akan opening kedai berkenaan dikawasan berkenaan...(kecuali 3-4 kedai2 melayu yang menjual pakaian dan butik)

mcm mana nak beat marketing org cina...

adakah modal 20K tu cukup?
adakah pembukaan kedai berkenaan adalah sia2..

any idea's dan kata2 semangat...

Jemputan kenduri kahwin

Salam semua.. buat masa skrg..kawan masih lagik tak updating blog...sibuk dengan urusan kawin kawan...nnti kawan attachkan kad jemputan... mekasih







Blog Widget by LinkWithin