www.bicarajutawan.com

www.bicarajutawan.com

Wednesday, August 26, 2009

keta kita 1.3 je.......



masa balik kg..

OD yang telah sakit


ha...aku baru terserempak dengan artikel nie...apa komen korang...??
aku ada bukak citer nie kat BJ.com...gara2 OD yang sedang sakit...tp ramai yang tak setuju ngan perkara nie...
so...???apa langkah2 korang bagi mengelak perkara nie terjadi..
adakah dengan insurankan OD tersebut?? (Boleh ke??)
atau ada saving yang banyak tuk cover hutang tersebut bile peminjam telah mati..
apa komen anda....

Saturday, August 8, 2009

sang suami...sang isteri...adakah anda berada di sisi pasangan anda...

ari nie aku nak berbicarakan ttg kefungsian dan tugasan para sang suami atau sang isteri bagi menyokong anda dalam perancangan kewangan anda....sebelum tu...nak tanya...berapa ramai penglibatan suami / isteri dalam pengurusan kewangan anda???atau adakah anda hanya lone ranger ajer dalam menguruskan kewangan anda kini.....

tuk pengetahuan anda semua....penglibatan seorang wanita dalam pengurusan kewangan sgt2 diperlukan..tahukan kita semua...wanita lebih hebat dalam membuat bajet...lebih hebat dalam pengiraan kewangan...lebih hebat dalam mengira2.....berbanding lelaki....tp layak kah kita mengetepikan mereka ini???

mcm aku...sebelum aku akan melangkah ke alam perkahwinan...jadik...aku akan mengajar pasangan aku...dalam perancangan kewangan aku...sama2 sit down...duduk semeja dan berborak ttg mcm mana nak manage kewangan masing2....dan perlu DISATUKAN....ini penting...supaya kewangan pasangan menjadi lebih kukuh dan terurus....

faktor utama penceraian berlaku..kerana tiada penglibatan keluarga dalam pengurusan ekonomi...tu yg jadik kelam kabut...tu yang jadik haru biru....bile suami tak berterus terang dengan pasangan nya...pastu jadik ketidakjujuran...bile suami balik dalam keadaan penat dan letih...si isteri mintak duit..tiap2 ari......last2...berlaku pergaduhan

jadik...sejarah pun ada menyatakan...peranan wanita sangat lar penting...di belakang kejayaan suami ada seorang wanita yg menyokongnya...betulkan jika aku silap...so...mulai sekarang...mana yang nak kawen..mana yg dah kawen...dan mana yang nak kawen lagik..sila libatkan bersama pasangan anda dalam pengurusan kewangan...agar kewangan keluarga anda lebih padu dan kukuh berbanding berseorangan...

just my 2 cent....adiozzz

Thursday, August 6, 2009

Melayu akan bersaing....kami akan bangkit..(Petikan daripada BJ.com)

Aku tgk tajuk nie....mcm ada ayat2 perkauman...cuba kita fikirkan positif...maksud2 yang ingin diutarakan....ada beberapa isu yg aku ingin sangat ketengahkan...macam mana kita nak menaikkan ekonomi melayu kita....macam mana dengan satu komuniti dan network dapat mengembangkan kecairan kewangan yang harus kita janakan...

mungkin ada yang non bumi kat luar sana tak setuju dengan tajuk aku tu....tp bagi aku...sebagai semangat tuk kami yang lemah nie dan teramat leka dengan keasyikan diri sendiri tuk bangkit bersama-sama bersaing dengan bangsa lain...

mungkin ada yang terasa...mungkin ada yang pedih...dan mungkin ada yang meluat dengan kata-kata aku nie......kita tidak mahu digelarkan melayu pemalas...kita tidak mahu digelarkan lagi melayu dengki...dan kita tidak mahu lagi digelarkan melayu curi tulang...

apa yang ingin aku perkatakan...macam mana tuk membantu menjana ekonomi bangsa melayu...supaya dapat kukuh dan berada setaraf dengan bangsa lain.....dulu aku teringat ustaz masa sekolah2 dulu....'ayip..kalau hang pegi kedai...nampak deretan kedai...dalam deretan tu..ada 10 kedai barang runcit...dalam 10 tu...hanya satu jer kedai orang kita...apa perlu hang buat...sedangkan harga di kedai orang kita agak mahal berbanding dengan harga kedai lain...'

jawapannya....

kedai org kita naik harga sebab kita tak support barangnya....tu pasal dia terpaksa bertahan..dan menaikkan harganya....kalau kita support barangnya...agak2...harga barangnya turun tak???

jadik...dengan usaha sebegini...marilah kita bersama2...beli lah barangan orang kita...mana lagik kalau kuah tak tumpah ke nasik....support bangsa kita...mcm mana kita support network kita...ingatlah....kami akan bangkit dan akan bersaing...

mulai sekarang nie...marilah kita tukar minda kita...supaya kita sentiasa utamakan barangan bangsa kita....sebb selagi kita tak bantu...smpi bila pun melayu tak kan berjaya....

renung2kan...dan selamat beramal

Wednesday, August 5, 2009

Bujang...apa yg harus anda lakukan...

Pandangan aku pada bakal-bakal yang hendak berkawen tu...tak kira lar...planning lagik 3 thn ke...yang lagik 5 thn lagik ke...pastikan anda telah membuat pembelian isi rumah sedikit demi sedikit secara cash atau berhutang sebelum menempuh ke alam perkahwinan....tp pastikan settle semua hutang sebelum duduk bersama....teringat citer dulu2...

'eh ayip...wat pe hang beli TV ngan peti ais awai2...hang tu bujang lagik...kang nak pindah susah tu..hang tu bujang...nak berangkat sana lar...nak angkut sini lar...letih tu....' jawab aku senang jer.....besok nak kawen..tak yah dah pikiaq pasai barang umah...bakal bini aku pun nanti..senang jer...cuci kaki jer masuk umah...:D

btoi ke pandangan aku nie....???tp bile skrg nie aku dah nk smpi dateline kawen nie...rupa2nya...btoi apa yang aku fikirkan...TV, Peti Ais, Set Hi-Fi, Kipas, Mesin basuh dah ada dah...so...tak yah pikiaq2 nak beli pas kawen...

tp bagaimana kah anda...???yg bujang2 kat sana....beli barang tu secara hutang ke atau cash...???atau pun anda masih lagik tidak membeli apa-apa pun...sekadar mahu enjoy....

renungkan dan selamat beramal...

p/s : yang nak kawen lagik satu pong leh wat persediaan gak...ngeh3
Blog Widget by LinkWithin