Thursday, March 31, 2011

Laluan MRT

Dah lama aku tak update blog nie. At lot of thing to do. Aku baru shj dalam proses pembelian rumah. dekat dengan kajang Utama. kemudian insyaallah, klu takde aral melintang. aku akan sambung degree bulan Mei nie. dan tambahan dengan kesibukan projek anak ayam kampung baru-baru nie. alhamdulillah dah ada buyer dan permintaan. Insyaallah, moga2 projek nie akan on going. aku attachkan laluan MRT tuk refferance korang. mana nak tau, lokasi2 yang korang dah ada atau bercadang tuk beli rumah tu..so kemudahan pengangkutan sedikit sebanyak membantu harga pasaran rumah korang.. kita layan ajer.....

Wednesday, January 26, 2011

Pelaburan emas

Skrg nie trend harga emas kembali menurun...ttp aku suka perbincangan ttg emas yg dikatakan dapat mengawal inflasi dunia serta mengaut keuntungan tahunan antara 20%-30% setahun.


http://www.bicarajutawan.com/forum/t34145-17/#post544784

diattachkan satu contoh chart yg menarik tu dikongsi bersama. chart ini sumbangan daripada pak GF.

Wednesday, January 19, 2011

Penubuhan Koperasi ikatan selatan johor sdn bhd

Assalamualaikum dan selamat pagi yang ceria,

sesapa nak join koperasi ikatan selatan johor..boleh layari facebook link seperti berikut :

http://www.facebook.com/?ref=home#!/photo.php?fbid=1712321338149&set=a.1530691077506.76328.1541612473

atau di dalam forum BJ.com

http://www.bicarajutawan.com/forum/t3702-793/

xtvt yang diadakan :
i. Mesy. AGM
ii. BBQ
iii. Kursus membuat mee kuning


gambo adalah seperti berikut :



Tuesday, December 21, 2010

Pengumunan dividen ASB 2010

KUALA LUMPUR 21 Dis. - PNB umum agihan pendapatan ASB sebanyak 7.50 sen seunit dan bonus 1.25 sen seunit bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2010. - Utusan

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=1221&pub=Utusan_Malaysia&sec=Terkini&pg=bt_05.htm

Monday, December 6, 2010

hidup hancur kerna meminjam..

Lama tak update blog..
berat jer jari jemari nie nak menaip..
bukan tak de info atau maklumat nak dikongsi bersama..
tp biasalah..bile penyakit malas dah datang...itu lar jadinya..

aku nak share sket kes yg berlaku depan mata aku nie....selalunya kita dok baca cerita kesah2 pinjam meminjam along lar..kes korek lubang hutang sana...tuk tutup lubang sini lar..dan mcam2 kesah lagi...

asalnya si isteri nie, hidup agak lar mewah...gelang sana sini...rantai leher nya..mak aih...sebesar rantai basikal tu...ttp sejak 2-3 tahun nie...kehidupannya dah tunggang terbalik...dulu si suaminya bergaji besar...klu claim OT..perghhh..masyuk...senior technician katanya...tu masa dia kerja di johor...

tp selepas berpindah ke kampung halaman...si isterinya pula buat hal..hutang kereta mula tertangguh..hutang api + air mula meningkat...hutang kengkawan dah cecah hampir RM2K...tu takpe lagi...tapi hutang along berlesen..dah smpi 20-30K dah...klu tertunggak..mak aik...wat naya jer...sebulan interest hampir 15% tu!!!!!

kerjanya bergaji suami isteri hampir RM3K sebulan..anak baru 3...masih menyewa lagi...takde bebanan hutang yg melampau..ttp sikap suka menangguh hutang ditambahkan lagi suka pinjam sana..berjoli sana sini..beli baju bukan main harga..ataih alasan..'alaa...anak aku baru nak hidup (senang)'...senang ke apanya...tu awak berjoli dengan duit pinjaman...sapa ajar...akhirnya terjerat diri..

yang jadi mangsanya...berlaku pada abg dan si adik isteri berkenaan..ditipunya untuk diguna pakai kad bank dan i/c si abang dan adik nya..... semata2 atas nafsu...berjoli sakan sambil meminjam..mak bapak dah tak keruan...kehidupan dah tunggang langgang...seblan shj yg harus dibayar pada ceti haram (w/pun berlesen) dah cecah hampir RM 3k..

habis si anak2 nak makan apa??hutang yang harus dibayar lagik...klu aku tgk kehidupannya..klu meminjam dan nampak bendanya..takpe lar...tp zero..sangat daif..rumah hancur..tak berkemas......aduhai...aku tgk...idup pun dah tak tenang..asyik memikirkan masalah hutang...bile ditegur..dikatanya memberi tekanan..memberi stress...tak kan nak tgk ajer...

yg akn jadi mangsa..si anak yang tak bersalah...alahai si isteri...kenapa lar sikap korek lubang sana sinun semata2 tuk tanam lubang awak tu...jgn smpi terkorek lubang sendiri...diri sendiri tertanam..bahana si along tu bukan main...awak sendiri dah tgk betapa bengisnya muka..siap berbdn 2 kali besar berbanding dengan si suami awak..

sedarlah...tiada benda kat dunia nie yang senang dan mudah untuk menjadi kaya....nak kaya pun kena ada displin..klu nak displin...kena lah ada ilmu.....barulah hidup lebih diberkati..insyaallah..sentiasa senang di malam hari...

dunia oh dunia..

p.s : nie ada continue nya...ending belum sampai....apa jadik si isteri dan suaminya..dikejar along..atau terpaksa gadaikan tanah pusakanya....wa'llualam..

Tuesday, November 16, 2010

Server Bicarajutawan.com telah diperbaiki semula

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

berita baik yang saya terima, tuan/puan boleh layari semula laman sensawang Bicarajutawan.com yang down ketika dulu dan telah pulih seperti sediakan.

untuk makluman jua, server BJ.com telah digantikan dengan server yang baru bagi menjamin kualiti network kepada pelanggan.

sekian dimaklumkan dan terima kasih

ikhlas,
ayip

Tuesday, September 28, 2010

Server Bicarajutawan.com akan ditutup?

Memang semua yg diketahui...forum BJ.com bukanlah tempat untuk mengaut keuntungan semata2..

tp semenjak dua nie...server BJ selalu sangat down? sebab apa iyer?

adakah ianya akan ditutup?
apa pandangan anda?
Blog Widget by LinkWithin