www.bicarajutawan.com

www.bicarajutawan.com

Tuesday, December 15, 2009

Amanah Saham Bumiputra...


PNB umum dividen ASB 7.30 sen

KUALA LUMPUR: Permodalan Nasional Berhad (PNB) hari ini mengumumkan agihan pendapatan skim Amanah Saham Berhad (ASB) sebanyak 7.30 sen bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2009 berbanding 7.00 sen tahun sebelumnya.Demikian diumumkan Pengerusi PNB, Tun Ahmad Sarji, di sini sebentar tadi. Ia membabitkan pembayaran dividen RM4.95 billion kepada pemegang unit, meningkat 19.56 peratus berbanding RM4.14 bilion tahun kewangan sebelumnya.PNB juga mengumumkan pembayaran bonus 1.25 sen, membabitkan nilai RM537.65 juta. "Pembayaran itu akan memberi manfaat kepada 6.78 juta pemegang unit yang kini melanggan RM70 bilion unit ASB," katanya.


Petikan Mstar Online semalam :

"Walaupun jumlahnya (dividen dan bonus) kelihatan lebih rendah tahun ini pada 8.55 sen seunit berbanding 8.75 sen seunit tahun lepas, dari segi jumlah keseluruhan yang akan dibayar, ia adalah lebih tinggi iaitu RM5.48 bilion berbanding RM4.79 bilion tahun lepas," kata ketua pegawai eksekutif kumpulan dan presiden PNB Tan Sri Hamad Kama Piah Che Othman.Hamad Kama Piah juga berkata, PNB berada pada kedudukan yang kukuh dan akan memastikan pembayaran dividen yang berterusan."Berdasarkan rizab dana, kapasiti kami adalah lebih daripada 11 sen seunit tetapi kami hanya membayar 7.30 sen seunit dan membawa ke hadapan baki 3.70 sen untuk tahun 2010."Ini ialah dana jangka panjang dan kami mahu memastikan kami boleh menggunakan wang itu untuk membeli lebih banyak saham dan membuat lebih banyak pelaburan kerana kami akan harus membayar sekali lagi," tambahnya

any komen???

2 comments:

sourplum said...

sape je eh yg dpt bonus?

Matjoe said...

bonus is bonus. divident is divident, cannot simply ad 7.30 + 1.25.

different calculation la dude

Blog Widget by LinkWithin