www.bicarajutawan.com

www.bicarajutawan.com

Tuesday, December 15, 2009

Bapa kesal gagal keluar wang tabungan SSPN

Petikan Metro semalam


MARANG: “Saya kesal dan tertekan dengan maklum balas diberikan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) apabila wang tabungan Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN) gagal dikeluarkan seperti dijanjikan sebelum ini,” kata Mazlan Ibrahim, 40, dari Kampung Batu 14, Wakaf Tapai, dekat sini.Menurutnya, dia mula menabung untuk anaknya sejak 2003 ketika mula diperkenalkan pihak bertanggungjawab bagi menjamin pendidikan anaknya tidak terabai.Katanya, ketika itu syarat diperlukan adalah pendapatan ketua keluarga kurang daripada RM1,200 bagi melayakkan dia membuka akaun anaknya.Dia berkata, menerusi skim berkenaan dia menerima geran dipanggil Geran Sempadan yang membolehkan wang simpanan diganda apabila diperlukan untuk kemasukan ke universiti.

“Bagaimanapun, apa dijanjikan kini tidak menjadi kenyataan kerana PTPTN meminta saya mengemukakan penyata pendapatan isteri sebagai syarat membolehkan geran sempadan itu dikeluarkan.
“Masakan saya boleh mengemukakan dokumen terbabit kerana isteri saya, Norizan Saad, 38, suri rumah sepenuh masa dan tidak mempunyai penyata pendapatan seperti diminta,” katanya.Menurutnya, dia kini buntu kerana sukar untuk mengeluarkan wang berkenaan,

manakala anaknya Puteri Nurul Ain, 18, sudah melanjutkan pelajaran di sebuah universiti tempatan.Katanya, jika dia dapat mengeluarkan wang dari geran sempadan SSPN, ia boleh digunakan untuk menampung perbelanjaan anaknya di universiti.Mazlan berkata, dia berharap pihak berkenaan mengambil langkah sewajarnya memandangkan isterinya tidak mempunyai penyata pendapatan seperti diminta.

lawak-lawak....apa komen korang???

3 comments:

Anonymous said...

lohhh.. lawak btol.. klu xde slip gaji.. buat jer lah surat pengakuan tidak bekerja.. mintak pengesahan ketua kampong.. huhu.. xkan xde org bgtau die.. mcm nih punyer kes pon leh kecoh smpai masok paper kaa.. aiyoyoyo.. mende simple jer..

Matjoe said...

aku tak paham pada mulanya. baca2 balik baru aku paham

Anonymous said...

orang dah tua.mana nak pandai sangat bab-bab ni.tapi yang anak dia ptt gtau lah..masuk u mst pandai.ley pikir.cian kat ayah dia.nanto org baca org gelak kat dia

Blog Widget by LinkWithin